- Iklan -
Berita

Mesyuarat PSC berhubung isu Azam ditangguh

Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memetik isu perundangan yang memerlukan nasihat undang-undang Parlimen sebagai punca penangguhan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ditangguhkan berikutan terdapat isu perundangan yang memerlukan pandangan penasihat undang-undang di Parlimen.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin berkata ia akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

Mesyurat PSC yang dijadualkan pada 19 Januari itu sebelum ini dijangka akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

PSC mengenai beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebuah jawatankuasa terdiri daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), GPS dan Warisan.

Beliau kini disiasat berhubung dakwaan konflik kepentingan dalam pembelian saham syarikat berikutan penerbitan beberapa artikel blog oleh seorang aktivis yang mempunyai kaitan dengan NGO tempatan C4 Center.

Azam juga mengeluarkan surat tuntutan kepada penulis artikel tersebut, Lalitha Kunaratnam.

SPRM turut membuat laporan polis terhadapnya dan menyifatkan dakwaan Lalitha sebagai palsu dan tidak dikemukakan dengan bukti.