- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 2,300

Sebanyak 2,810,689 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

2,342 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,810,689.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,342 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,810,689.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 184 kes di mana 132 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 87 kes di mana 52 adalah kes Covid-19.

Dari 2,342 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 34 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,308 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.