- Iklan -
Berita

Kerja pembersihan banjir capai 98.17%, kata Nadma

438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seoranng penduduk Taman Sri Nanding, Mohd Sahar Othman mengangkat peralatan rumah untuk menjemur serta menjalankan kerja-kerja mengemas selepas menghadapi ujian banjir di Hulu Langat.
Seoranng penduduk Taman Sri Nanding, Mohd Sahar Othman mengangkat peralatan rumah untuk menjemur serta menjalankan kerja-kerja mengemas selepas menghadapi ujian banjir di Hulu Langat.

Kerja-kerja pembersihan sisa pascabanjir di enam negeri telah mencapai keseluruhan 98.17% siap di bawah fasa pertama dan 100 peratus untuk fasa kedua melibatkan hanya dua negeri (Negeri Sembilan dan Melaka) setakat semalam.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) dalam kenyataan semalam memaklumkan sebanyak 438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.

“Fasa pertama kerja pembersihan pascabanjir di Johor telah mencapai 90% dengan kawasan tumpuan pembersihan di daerah Segamat dan Muar, manakala di Pahang, kerja pembersihan kekal pada 99% kerana berdasarkan rondaan hari ini masih terdapat sisa baharu dikeluarkan dari kawasan perumahan.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat pertambahan empat kejadian tanah runtuh telah direkodkan iaitu masing-masing dua di Sabah dan Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang monsun timur laut (MTL) 2021/2022 adalah sebanyak 280.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 61.7% ketua isi rumah (KIR) terkesan dalam gelombang pertama dan 52.3% terkesan dalam gelombang kedua, telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) membabitkan peruntukan sebanyak RM64,833,000.