- Iklan -
Berita

Individu mahu terbangkan dron bagi rakam perayaan perlu kebenaran CAAM

Tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengguna dron perlu mandapatkan kebenaran dari CAAM sebelum menerbangkannya bagi tujuan rakaman sambutan Thaipusam esok.
Pengguna dron perlu mandapatkan kebenaran dari CAAM sebelum menerbangkannya bagi tujuan rakaman sambutan Thaipusam esok.

Mana-mana individu yang ingin menerbangkan dron bagi merakam suasana sambutan Thaipusam pada Selasa ini perlu mendapatkan permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali.

Beliau berkata tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan.

“Anggota-anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan turut akan digerakkan bagi membantu penugasan mengawal keselamatan dan kelancaran sambutan itu yang bakal bermula malam ini,” katanya.

Sementara itu, di Selangor kira-kira 2,000 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan sambutan Thaipusam di dua lokasi utama di negeri berkenaan berjalan lancar.

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata seramai 1,500 anggota ditempatkan di sekitar Batu Caves manakala bakinya di Kuala Selangor.

Di Pulau Pinang pula seramai 1,300 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang sambutan berkenaan menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong.