- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 3,000

Sebanyak 2,808,347 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu di bawah Pelan Pemulihan Negara.

3,010 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,808,347.

2,584 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,735,355.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 284 kes di mana 191 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 182 kes di mana 146 adalah kes Covid-19.

Dari 2,882 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 28 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,982 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.