- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 3,000 jangkitan

Sebanyak 2,805,337 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.

3,074 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,805,337.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,828 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,732,771.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 193 kes di mana 158 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 90 kes di mana 61 adalah kes Covid-19.

Dari 3,074 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 30 kes (1.0%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,044 kes (99.0%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.