- Iklan -
Berita

Adun DAP nafi laporan portal Amanah berhubung penahanan di kelab malam

Adun Pasir Bedamar Terence Naidu berkata laporan yang memetik beliau menafikan terlibat dalam satu serbuan polis adalah palsu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Adun Pasir Bedamar Terence Naidu.
Adun Pasir Bedamar Terence Naidu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar Terence Naidu dari DAP hari ini menafikan laporan sebuah laman sesawang yang memetik beliau sebagai wakil rakyat yang ditahan di sebuah kelab malam di Prai, Pulau Pinang awal minggu ini.

Laman sesawang yang berkait dengan Amanah itu turut memetik Naidu yang mengatakan beliau sedia untuk meninggalkan DAP dan menyokong Perikatan Nasional (PN) jika beliau dibuktikan bersalah.

“Jika benar saya terbukti bersalah, saya bersedia keluar DAP dan menyokong Perikatan Nasional sebagai wadah perjuangan baru dan akan terus membela pengundi di kawasan saya,” tulis Malaysia Dateline yang mendakwa diambil dari sebuah kenyataan Naidu.

Bagaimanapun, menurut The Star, Naidu berkata laporan tersebut adalah palsu.

Dalam carian terkini, Malaysia Dateline dilihat telah mengeluarkan artikel tersebut.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan 48 orang termasuk Adun dari DAP ditahan semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah kelab malam di Prai.

Adun itu juga turut diuji positif dadah.