Thursday, May 19, 2022

Adun DAP nafi ambil dadah sebelum ditahan dalam serbuan kelab malam

Adun Pasir Bedamar Terence Naidu berkata beliau bersedia digantung supaya partinya tidak terheret dengan kes tersebut.

Other News

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar Terence Naidu hari ini memohon maaf ekoran penahanannya dan ujian positif dadah ketika serbuan di sebuah kelab malam Pulau Pinang awal minggu ini, namun menegaskan beliau tidak berniat untuk mengambil sebarang dadah terlarang.

Naidu, yang merupakan salah seorang dari 48 orang yang ditahan di sebuah kelab malam di Perai berkata beliau diundang oleh kawan-kawannya sempena sambtan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ketika tiba di Perai, katanya, beliau dibawa ke kelab malam di mana beliau ditahan.

“Saya teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya masuk,” katanya sambil menambah beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang ketika di kelab tersebut.

Beliau turut mendakwa dihidang dengan “minuman yang aneh” di mana beliau tidak meminumnya selepas merasa sedikit minuman tersebut.

“Saya kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika saya ke tandas, seseorang datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya.”

Beliau turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dengan menamakan saksi yang mengesahkan insiden berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada siasatan polis dan orang ramai untuk membuat kesimpulan.

“Saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak,” katanya.

Naidu turut menyatakan beliau bersedia untuk digantung DAP, parti diwakilinya supaya tidak diheret ke dalam isu tersebut, namun menegaskan beliau akan mempertahankan diri untuk membuktikannya tidak bersalah.

“Tiada apa yang berubah, dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap pengundi saya serta tetap berpendirian bahawa dadah adalah permasalahan sosial dan akan terus berjuang menentangnya.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles