- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,300 jangkitan

Sebanyak 2,802,263 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beriadah di Tasik Titiwangsa di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.
Orang ramai beriadah di Tasik Titiwangsa di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

3,346 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,802,263.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,052 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,729,943.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 204 kes di mana 159 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 95 kes di mana 64 adalah kes Covid-19.

Dari 3,346 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 49 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,297 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.