- Iklan -
Berita

Banjir di Melaka pulih, semua PPS ditutup

Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki membersihkan kawasan rumahnya di Kampung RTB Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Sepang sebaik sahaja banjir surut. Gambar: Bernama
Seorang lelaki membersihkan kawasan rumahnya di Kampung RTB Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Sepang sebaik sahaja banjir surut. Gambar: Bernama

Keadaan Banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada 7 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Secara keseluruhan, sebanyak 23 PPS dibuka sejak 1 Januari lepas bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.