- Iklan -
Berita

Adun DAP positif dadah dalam serbuan kelab malam

Adun tersebut adalah antara 48 orang penaung di sebuah kelab malam yang terletak di Perai yang ditahan ketika serbuan tersebut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Polis menahan 48 orang dalam serbuan kelab malam di Prai termasuk seorang Adun DAP Perak. Gambar: Bernama
Polis menahan 48 orang dalam serbuan kelab malam di Prai termasuk seorang Adun DAP Perak. Gambar: Bernama

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dari Perak diuji positif dadah ketika serbuan ke atas sebuah kelab malam di Pulau Pinang, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Difahamkan Adun tersebut adalah antara 48 orang penaung di sebuah kelab malam yang terletak di Perai yang ditahan ketika serbuan tersebut.

Adun DAP itu adalah seorang peguam yang berusia sekitar 50-an dan merupakan kepimpinan parti di peringkat negeri.

Beliau menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum 2018.