- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 3,600 jangkitan

Sebanyak 2,798,917 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.

3,684 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,798,917.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,292 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,726,891.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 192 kes di mana 178 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 91 kes di mana 70 adalah kes Covid-19.

Dari 3,684 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 34 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,650 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.