- Iklan -
Berita

India rekod lebih 240,000 kes Covid dalam tempoh 24 jam

380 kematian dicatat semalam menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035 kes di India.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan mengambil sampel swab bagi ujian saringan di Bangalore, India. Gambar: AFP
Petugas kesihatan mengambil sampel swab bagi ujian saringan di Bangalore, India. Gambar: AFP

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan negara itu

Lebih 200,000 kes baru direkodkan dalam tempoh sehari sejak lebih lapan bulan lalu.

Sementara itu, 380 kematian dicatat sejak pagi Rabu menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035, kata Xinhua.

Terdapat 1,117,531 kes aktif Covid-19 di negara ini, dengan peningkatan sebanyak 162,212 kes aktif sejak 24 jam lepas.

India merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 16 hari berturut-turut dengan jumlah kes aktif meningkat saban hari.

Sementara itu 34,715,361 kes telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dan 84,825 pesakit dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jumlah kes membabitkan varian Omicron telah mencecah 5,488, dengan negeri Maharashtra, Rajasthan dan Delhi masing-masing melaporkan (1,367), (792) dan (549 kes).

Setakat ini, 2,162 pesakit dijangkiti varian Omicron telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, mengikut data kementerian kesihatan persekutuan.