- Iklan -
Berita

Kes harian kembali lepasi 3,100 jangkitan

Sebanyak 2,792,035 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.

3,175 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,792,035.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,977 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,720,399.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 229 kes di mana 200 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 99 kes di mana 68 adalah kes Covid-19.

Dari 3,175 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 60 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,115 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.