Sebanyak 78.5% populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat semalam, manakala sehingga tempoh sama penerima dos penggalak meningkat kepada 23.9% bersamaan 7,809,058 individu.
Berdasarkan data laman web CovidNow, daripada jumlah keseluruhan individu lengkap divaksinasi berkenaan, seramai 22,881,770 merupakan populasi dewasa dan selebihnya sebanyak 2,765,938 adalah golongan remaja.
Sasaran 80% keseluruhan rakyat Malaysia lengkap divaksin adalah pada 5 Ogos ini.
Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 110,258 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 910 dos pertama, 1,500 dos lengkap dan 107,848 dos penggalak.