- Iklan -
Berita

Kes harian turun sekali lagi ke paras 2,600

Sebanyak 2,788,860 kes Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu sempena di Taman Tasik Titiwangsa selepas diberikan kelonggaran melakukan aktiviti-aktiviti luar di bawah Pelan Pemulihan Negara.

2,641 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,788,860.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,808 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,717,422.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 253 kes di mana 211 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 106 kes di mana 74 adalah kes Covid-19.

Dari 2,641 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 57 kes (2.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,584 kes (97.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.