- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 2,800

Sebanyak 2,786,219 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak bermain di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar ketika matahari terbenam. Aktiviti sosial dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara ketika ini dengan mengekalkan SOP kesihatan yang ditetapkan.

2,888 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,786,219.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 2,714 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,714,614.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 248 kes di mana 206 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 117 kes di mana 73 adalah kes Covid-19.

Dari 2,888 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 36 kes (1.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,852 kes (98.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.