- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,200 jangkitan

Setakat ini, 2,783,331 kes Covid-19 telah dicatat dalam negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai meluangkan waktu bersiar di Taman Botani, Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara.

3,251 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,783,331.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,161 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,711,900.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 243 kes di mana 220 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 113 kes di mana 77 adalah kes Covid-19.

Dari 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,193 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.