Sunday, May 22, 2022

Kes harian menurun lepasi 3,300

Selangor mencatat kes baru tertinggi sebanyak 879.

Other News

3,381 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,780,080.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 879 hari ini disusuli Kelantan yang mencatat 385 kes jangkitan.

Johor mencatatkan kes harian sebanyak 299, Kuala Lumpur (271), Sabah (242), Pahang (226), Pulau Pinang (219), Kedah (219), Melaka (141), Negeri Sembilan (172), Terengganu (94).

Putrajaya (30), Perlis (14), Terengganu (94) dan Labuan (14) mencatat kes dua digit hari ini.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,447 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,708,739.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 254 kes di mana 220 daripadanya disahkan Covid-19.
Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 114 kes di mana 86 adalah kes Covid-19.
Dari 3,381 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 37 kes (1.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,344 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles