- Iklan -
Berita

Dr M kembali ke IJN

Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara bagi prosedur perubatan elektif.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan sekali lagi ke Institut Jantung Negara (IJN) tiga minggu selepas dibenarkan pulang bagi pemeriksaan penuh perubatan.
Dalam sebuah kenyataan, IJN berkata Mahathir dimasukkan ke hospital bagi menjalani prosedur perubatan elektif.
“Berikutan SOP yang dilaksanakan ketika ini, pelawat tidak dibenarkan menziarahi beliau,” kata kenyataan itu.
Kali terakhir Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 16 Disember lalu.
Beliau berada di IJN selama seminggu bagi menjalani beberapa pemeriksaan perubatan sebelum dibenarkan pulang pada 23 Disember.
Sebelum ini beliau pernah dimasukkan ke IJN pada 2016 dan 2013 bagi rawatan jangkitan paru-paru.