Thursday, May 26, 2022

Kabinet Sarawak tidak statik, boleh berubah ikut keadaan, kata Abang Jo

Ketua menteri Sarawak berkata beliau bersedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan.

Other News

Kabinet Sarawak yang diumumkan baru-baru ini bukanlah bersifat statik yang tidak boleh diubah, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Abang Johari berkata beliau bersedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.

“Sudah tentu Kabinet ini tidak statik, ia akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan tertentu.

“Kami akan menyelaraskan semula (Kabinet) dengan apa yang harus kami laksanakan (pada masa itu) tetapi apa yang penting kami kena laksanakan janji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), malam ini.

Pada 30 Disember lalu, Abang Johari mengumumkan senarai Kabinet baru negeri Sarawak yang terdiri daripada 10 Menteri dan 26 Menteri Muda.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pemilihan barisan Kabinet itu dibuatnya selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor komposisi parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), kawasan serta etnik.

“Kami ada 34 perkara dalam manifesto pilihan raya GPS yang harus kami laksanakan. Sebab itu dalam menubuhkan Kabinet ini, kami juga ambil kira bagaimana kami boleh sama-sama tunaikan janji ini,” katanya.

GPS yang diterajui Abang Johari memenangi 76 dari 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak 18 Dis lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles