Saturday, May 21, 2022

Kumpulan ahli Parlimen rentas parti gesa tubuh RCI perubahan iklim tangani banjir

Ia berkata usaha yang bersepadu dan holitik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko bencana di masa hadapan.

Other News

Kumpulan dwi partisan dianggotai ahli Parlimen rentas parti, ahli akademik dan NGO hari ini menyarankan kerajaan melaksanakan beberapa langkah dalam usaha pengurusan bencana banjir yang lebih holistik dan bersepadu termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tadbir urus banjir dan faktor setempat yang menyebabkan bencana itu.

Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM-SDG) Rohani Abdul Karim berkata RCI yang ditubuhkan itu memainkan peranan untuk menyiasat tadbir urus, ketersediaan, respons dan komunikasi antara kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan.

Rohani turut menggesa Akta Perhutanan 1984 disemak dan diperkukuh untuk mewajibkan penglibatan orang awam berkenaan penyahwartaan HSK di semua negeri.

Dalam pada itu, Rohani turut berkata kerajaan perlu menyegerakan Pelan Adapatasi Kebangsaan (MyNAP) yang dirancang sejak 2015 lalu.

“Pelan ini adalah kritikal untuk membina daya tahan sektor penting yang terancam oleh cuaca ekstrem dan kesan perubahan iklim seperti sumber air, sekuriti makanan, infrastruktur, kesihatan awam, komuniti dan kepelbagaian biologi,” katanya.

Selain itu, Rohani turut menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dan menghentikan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar dan mudah terancam terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Bukit Nenas.

“Terdapat risiko berlaku tanah runtuh semasa banjir jika pembangunanditeruskan di mana kos-kos baik pulih terpaksa ditanggung oleh rakyat dan hal cukai.”

Menurutnya lagi, program transformasi kawasan bandar dengan pengurusan air yang lebih holistik seperti konsep “Sponge City” perlu diusahakan bagi menangani masalah banjir kilat.

Pada masa sama, Rohani turut menggesa program pengurusan bencana yang berasaskan komuniti perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap ketersediaan rakyat untuk menghadapi bencana selain menggalakkan komunikasi respons bencana yang lebih kukuh antara komuniti dan agensi Nadma, polis, bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles