- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 3,200 jangkitan

Kes keseluruhan Covid-19 adalah sebanyak 2,773,156 setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai berjalan di sekitar ibu negara selepas kelonggaran diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

3,270 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,773,156.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,195 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,701,808.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 257 kes di mana 197 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 137 kes di mana 89 adalah kes Covid-19.

Dari 3,270 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 69 kes (2.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,201 kes (97.9%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.