Sunday, May 22, 2022

Kes melonjak, India perketat langkah bendung Covid-19

Banyak negeri di India telah mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perhimpunan awam baru, termasuk di pawagam dan pasar.

Other News

Bandar Mumbai di India pada Isnin menutup sekolah untuk kelas 1 hingga 9 sehingga akhir Januari ketika India meningkatkan tahap amaran berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19.

India mencatatkan 33,750 kes baru dalam tempoh 24 jam terakhir berbanding 9,195 kes untuk tempoh 24 jam pada Rabu lalu.

Ibu negaranya Delhi serta hab perniagaan dan hiburan Mumbai menyaksikan pertambahan ketara dalam jangkitan koronavirus dalam beberapa hari terakhir.

Jumlah kes harian terkini Mumbai ialah 8,063 kes dan Delhi melaporkan 4,099 jangkitan baru.

Banyak negeri telah mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perhimpunan awam baru, termasuk di pawagam dan pasar.

Negeri pesisiran pantai Goa, destinasi pelancongan popular, akan mengenakan perintah berkurung malam dan menutup sekolah sehingga 26 Jan.

Delhi, yang melaksanakan perintah berkurung dari 10 malam hingga 5 pagi, menugaskan lebih banyak polis untuk memastikan pematuhan awam yang lebih ketat.

Terkini, negeri-negeri yang mengumumkan penutupan sekolah berikutan langkah berjaga-jaga Covid-19 termasuk Benggala Barat, Tamil Nadu, Uttar Pradesh, Haryana dan Rajasthan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles