Amerika Syarikat merekodkan lebih dari sejuta kes baru Covid-19 pada Isnin, menurut data dari Universiti Johns Hopkins ketika varian Omicron terus menular di negara itu.
Dalam pada itu, Johns Hopkins turut melaporkan 1,688 kes kematian dalam tempoh yang sama.
Peningkatan yang direkodkan itu berlaku sehari selepas penasihat pandemik AS Anthony Fauci berkata negara itu sedang berdepan “peningkatan yang hampir vertikal” dalam kes Covid-19 dan mungkin memuncak dalam jangka masa beberapa minggu lagi.