Tuesday, May 17, 2022

Seorang dari 2 lelaki dilapor hilang maut akibat banjir di Sabah

Mangsa hilang ketika memasang pukat di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.

Other News

Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, ditemui maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.

Ketua Polis Beluran Kasim Muda dalam kenyataan malam ini memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemui pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya ketika memasang pukat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mayatnya ditemukan.

Lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Kaerul, 26, seorang pekerja ladang yang dipercayai dihanyutkan air deras ketika cuba menyeberang jalan di Kampung Kinadaan.

Kasim berkata ketika kejadian, paras air di kawasan itu dipercayai mencecah 1.5m.

Katanya usaha mencari mangsa masih dijalankan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles