- Iklan -
Berita

Kes harian sekali lagi menurun ke paras 2,600

2,767,044 kes keseluruhan Covid-19 direkodkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.

2,690 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,767,044.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,535 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,695,751.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 265 kes di mana 188 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 147 kes di mana 81 adalah kes Covid-19.

Dari 2,690 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 52 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,638 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.