- Iklan -
Berita

Israel jalankan vaksinasi dos ke-4 kepada warga emas, petugas kesihatan

Israel menjadi negara pertama meluluskan pemberian dos keempat vaksin Covid-19 kepada golongan yang mempunyai imuniti lemah.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Lebih empat juta dari 9.2 juta populasi Israel sudah menerima tiga dos suntikan vaksin Covid-19. Gajmbar: AFP
Lebih empat juta dari 9.2 juta populasi Israel sudah menerima tiga dos suntikan vaksin Covid-19. Gajmbar: AFP

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad mengumumkan dos keempat vaksin Covid-19 akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas kesihatan berikutan lonjakan jangkitan akibat penularan varian Omicron.

Menurut Naftali, kementerian kesihatan sudah meluluskan pemberian dos penggalak kepada golongan itu.

“Gelombang Omicron sedang melanda negara dan kita mesti lindungi diri,” katanya pada satu sidang media.

Khamis lalu, Israel menjadi negara pertama meluluskan pemberian dos keempat vaksin Covid-19 kepada golongan yang mempunyai imuniti lemah.

Semalam, Israel merekodkan 4,206 jangkitan baru dalam tempoh 24 jam.

Bennett turut memberi amaran bahawa kes jangkitan boleh melonjak sehingga kira-kira “50,000 kes sehari dalam masa terdekat.”

Beliau juga menggesa semua orang dewasa dan kanak-kanak untuk segera mendapatkan vaksinasi.

Lebih empat juta dari 9.2 juta populasi Israel sudah menerima tiga dos suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, Israel merekodkan hampir 1.4 juta kes Covid-19 manakala 8,244 korban akibat waktu turut dicatat.