- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 2,800

2,764,354 kes keseluruhan Covid dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa orang warga Kuching bersiar-siar di Waterfront, Sarawak. Sarawak dan Kelantan bakal berada di Fasa Empat PPN Isnin depan.
Beberapa orang warga Kuching bersiar-siar di Waterfront, Sarawak. Sarawak dan Kelantan bakal berada di Fasa Empat PPN Isnin depan.

Malaysia mencatat 2,882 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,764,354 jangkitan.

3,291 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,692,216.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 284 kes di mana 191 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 156 kes di mana 82 adalah kes Covid-19.

Dari 2,882 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 49 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,833 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.