- Iklan -
Berita

Kes harian hampiri 4,000 jangkitan

2,754,513 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

3,997 kes baru Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,754,513.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,984 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,681,390.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 281 kes di mana 213 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 155 kes di mana 77 adalah kes Covid-19.