- Iklan -
Berita

‘Long Tiger’ dicekup di Kedah selepas lolos dari lokap

Dia ditahan semula selepas dua minggu melarikan diri dari lokap mahkamah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraannya. Gambar: Facebook
Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraannya. Gambar: Facebook

Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai “Long Tiger” yang dilaporkan melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor baru-baru ini telah ditahan semula semalam.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan dia ditahan kira-kira 3 petang tadi di Kedah,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata kenyataan media mengenai butiran perincian penahanan suspek akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.

Suspek, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Disember lepas dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada 11.55 pagi sebelum perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.