- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,600 jangkitan

2,750,516 kes keseluruhan Covid-19 dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengunjungi pusat beli-belah di ibu negara selepas kelonggaran sekatan pergerakan diberikan keada penerima vaksin lengkap di bawah Program Pemulihan Negara.
Orang ramai mengunjungi pusat beli-belah di ibu negara selepas kelonggaran sekatan pergerakan diberikan keada penerima vaksin lengkap di bawah Program Pemulihan Negara.

3,683 kes baru Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,750,516.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 4,322 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,677,406.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 288 kes di mana 216 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 162 kes di mana 75 adalah kes Covid-19.

Dari 3,683 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 56 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,627 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.