Sunday, May 22, 2022

Keputusan akhir berhubung hukuman mati akan diputuskan tidak lama lagi

Jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara itu akan menyerahkan dapatannya kepada menteri undang-undang yang akan membentangnya kepada Kabinet sebelum keputusan dimuktamadkan.

Other News

Jawatankuasa khas yang dibentuk bagi meneliti cadangan memansuhkan hukuman mati akan menyerahkan dapatannya kepada Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar di mana beliau akan membentangkan dapatan itu dalam mesyuarat Kabinet.

Kerajaan akan membuat keputusan akhir selepas pembentangan Wan Junaidi di Kabinet bersama rang undang-undang yang akan meminda undang-undang berhubung hukuman mati selain peruntukan undang-undang lain yang relevan.

Rang undang-undang itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun 2022.

Wan Junaidi berkata, jawatankuasa tersebut dibentuk pada 2019 dan diminta untuk meneliti isu tersebut dari pelbagai aspek, dengan mempertimbangkan pandangan-pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Satu daripada tugas utamanya adalah untuk menilai keberkesanan hukuman mati sebagai penghalang (jenayah).

“Kita juga perlu melihat sama ada rehabilitasi pesalah, jika boleh, menjadi pilihan lebih baik bagi kepentingan masyarakat yang lebih besar.”

Dalam kenyataannya, Wan Junaidi turut berkata kajian jawatankuasa itu selari dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan rehabilitasi penjenayah dan kemudian dapat menggembalikan mereka ke dalam masyarakat sebagai seorang yang yang baik.

“Jika mereka sudah jalani hukuman, bayar kesilapan mereka, dan tunjuk mereka kesal dengan apa yang mereka lakukan dan berjaya menjalani rehabilitasi, kita tidak seharusnya tutup pintu untuk menerima mereka semula,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles