- Iklan -
Berita

Sekatan perjalanan terhadap 8 negara Afrika ditarik semula

Antara negara yang terlibat adalah Afrika Selatan, Zimbabwe, Mozambique dan Malawi.

Azzman Abdul Jamal
2 minit bacaan
Kongsi
Sebuah kapal terbang kelihatan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Sebuah kapal terbang kelihatan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan penarikan semula sekatan perjalanan terhadap lapan negara di selatan Afrika yang merupakan lokasi awal varian Omicron dikesan, mengatakan wabak itu sudah merebak ke banyak negara lain.

Lapan negara tersebut termasuk Afrika Selatan, Zimbabwe, Mozambique dan Malawi, kekal dalam senarai negara yang berisiko tinggi, dengan pelawat dari negara-negara itu akan dikenakan sekatan tambahan ketika ketibaan mereka, kata Khairy.

Ini bermakna, negara berisiko tinggi kini yang disenaraikan kementerian kesihatan (KKM) ditambah kepada 18 negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada, Nigeria.

“Pengembara yang kembali dari negara-negara tersebut akan dipakaikan peranti digital untuk memastikan mereka patuh kepada arahan kuarantin,” katanya menerusi sidang media secara hibrid hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, KKM akan turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang ingin ke Arab Saudi bagi menunaikan umrah perlu mendapatkan dos penggalak sebelum pergi ke tanah suci itu.

“Selain daripada diberi peranti digital apabila pulang, mereka juga digalakkan melaksanakan ujian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin.”

“Kebanyakan kes yang kami terima menunjukkan mereka negatif ketika melakukan ujian semasa pra pelepasan dan ketibaan, namun kemudian positif pada hari kelima. Ini bermaksud mereka dijangkiti tetapi tidak dapat dikesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy turut menyarankan supaya orang ramai menangguhkan perjalanan ke 18 negara berisiko tinggi tersebut sehingga situasi semakin stabil.

Mengulas mengenai perkembangan varian Omicron di Malaysia, Khairy berkata, Institut Penyelidikan Perubatan telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay terhadap 366 sampel kes positif Covid-19 daripada pengembara bagi tempoh 21 Disember hingga 25 Disember.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 306 telah menunjukkan berkemungkinan varian Omicron.

“Kini KKM sedang menunggu keputusan jujukan penuh.

“Apabila sudah selesai, kami akan umumkan jumlah yang sah jangkitan Omicron dan kami akan sediakan butiran mengenai dari meana negara yang mereka kembara,” jelasnya.