- Iklan -
Berita

Petronas jangka permintaan minyak tidak menentu ekoran pandemik

Firma petroleum negara itu juga berkata pemain industri optimis berhubung pemulihan ekonomi namun kekal berhati-hati.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Salah satu pelantar minyak di perairan Malaysia. Gambar: Bernama
Salah satu pelantar minyak di perairan Malaysia. Gambar: Bernama

Petronas hari ini berkata ia menjangka pemulihan permintaan minyak kesan daripada pandemik Covid-19 akan kekal tidak kukuh dan tidak menentu dalam beberapa tahun akan datang.

Dalam laporan unjuran aktivitinya bagi 2022-2024 yang dikeluarkan hari ini, Petronas berkata laluan ke arah pemulihan dalam permintaan minyak yang mampan kekal tidak kukuh dan tidak menentu berikutan kemunculan varian baru Covid-19 di mana ia telah menyebabkan gelombang sekatan pergerakan penuh mula dijalankan semula.”

Firma petroleum negara itu juga berkata pemain industri optimis berhubung pemulihan ekonomi namun kekal berhati-hati.

“Pendekatan yang lebih bijak adalah dengan memperkasakan usaha kolektif dan sedia untuk menghadapi ketidaktentuan harga minyak,” katanya.

Selepas 2024, Petronas berkata ia meramalkan prospek positif bagi menjalankan aktiviti pelantar minyak di samping usaha menaik taraf keupayaannya.

Petronas juga menjangkakan prospek yang stabil untuk pembuatan struktur tetap dan kemudahan dasar laut di samping meneruskan usaha-usaha untuk mencipta pendapatan kewangan melalui sumber minyak dan gas dari pelantar yang terlibat.

Harga cecair gas asli dijangka tidak menentu pada tahun-tahun akan datang berikutan keadaan cuaca dan kemungkinan perubahan dasar yang boleh mengubah dinamik rantaian bekalan-permintaan bagi sumber asli itu, katanya.