Saturday, January 29, 2022

KPWKM mohon RM33 juta beli bekalan hadapi gelombang kedua banjir

Dana itu akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan mangsa banjir seperti selimut, tikar, makanan kering, lampin pakai buang dan sebagainya.

Other News

Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) membuat permohonan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi membeli barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.

Timbalan menterinya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata permohonan kepada kementerian kewangan itu dibuat berikutan bekalan di depoh simpanan termasuk di pangkalan hadapan hampir kehabisan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Banjir yang diadakan secara maya dan dipengerusikan oleh beliau pagi semalam.

“Sekiranya permohonan itu diluluskan ia akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan kepada mangsa banjir seperti selimut, tikar, makanan kering, lampin pakai buang dan sebagainya.

“Barangan tersebut akan ditempatkan di pangkalan hadapan di negeri-negeri berisiko termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Tersang dan Lanchang di Rantau Panjang semalam.

Mengulas lanjut, Siti Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini, pihaknya terpaksa menghantar bekalan daripada Kelantan manakala bekalan dari Kedah dihantar ke Selangor selepas kedua-dua negeri itu kehabisan bekalan.

Sementara itu, Siti Zailah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghadapi kekangan petugas berikutan ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa banjir.

“Buat masa sekarang kita mempunyai kakitangan yang terhad. Sebagai contoh di Temerloh, Pahang kita ada 88 pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi hanya ada 37 kakitangan JKM sebahagiannya juga menjadi mangsa banjir.

“Di PPS Selangor pula JKM memiliki 47 petugas yang menguruskannya namun cuma 15 orang dapat bertugas. Disebabkan masalah ini kita amat memerlukan bantuan daripada agensi lain selain sukarelawan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles