- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,800 jangkitan

2,746,833 kes keseluruhan Covid dicatat setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung lengkap divaksinasi melihat barangan jualan semasa melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
Pengunjung lengkap divaksinasi melihat barangan jualan semasa melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Malaysia mencatat 2,897 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,746,833 jangkitan.

3,434 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,673,084.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 302 kes di mana 244 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 169 kes di mana 94 adalah kes Covid-19.

Dari 2,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 50 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,847 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.