Saturday, January 29, 2022

Kes harian kekal di paras 2,700

Malaysia kini mencatat 2,743,936 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 2,757 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,743,936.

4,620 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,669,654.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 297 kes di mana 247 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 169 kes di mana 96 adalah kes Covid-19.

Dari 2,757 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 40 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 2,717 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles