Tuesday, January 25, 2022

Hujan berterusan dijangka berlaku di 6 negeri

Ia dijangka berlaku bermula hari ini hingga awal tahun baru.

Other News

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan akan berlakunya luruan monsun hari ini hingga 2 Januari tahun depan dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

Menurut hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia semalam, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 Disember hingga 2 Januari dan di barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember ini.

Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember hingga 2 Januari.

Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur di Semenanjung pada 27 Disember hingga 2 Januari.

MetMalaysia mengeluarkan ramalan itu berdasarkan analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles