- Iklan -
Berita

97.6% dewasa, 87.2% remaja lengkap divaksin

98.9% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli suku Temuan di Sungai Gabai, Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli suku Temuan di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Sebanyak 22,836,859 individu atau 97.6% populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,135,883 individu atau 98.9% daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2% atau 2,745,665 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,840,018 atau 90.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 64,283 dos vaksin telah diberikan melibatkan 62,022 dos penggalak dengan 1,411 lengkap dos dan 850 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,814,549 dos dengan 5,452,251 daripadanya adalah dos penggalak.