- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 3,100

Malaysia kini mencatat 2,738,401 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu sempena di Taman Tasik Titiwangsa selepas diberikan kelonggaran melakukan aktiviti-aktiviti luar di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,160 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,738,401.

4,421 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,661,495.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 324 kes di mana 253 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 175 kes di mana 107 adalah kes Covid-19.

Dari 3,160 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 66 kes (2.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,094 kes (97.9%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.