Saturday, January 29, 2022

Kes harian kekal di paras 3,500

Malaysia kini mencatat 2,735,241 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,528 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,735,241.

4,489 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,657,074.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 339 kes di mana 261 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 180 kes di mana 117 adalah kes Covid-19.

Dari 3,528 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 66 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,462 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles