- Iklan -
Berita

Johor, Sabah dan Sarawak diramal alami hujan berterusan ekoran luruan monsun

Luruan monsun dari Siberia itu dijangka akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
MetMalaysia berkata angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember. Gambar: Bernama
MetMalaysia berkata angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember. Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan luruan monsun dengan keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh 28 hingga 30 Disember ini.

Luruan monsun pada 27 hingga 30 Disember itu adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan turut termasuk kawasan perairan pantai timur semenanjung pada 26 hingga 30 Disember.

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir jika perlu.