Tuesday, January 25, 2022

97.5% dewasa, 87.1% remaja lengkap divaksinasi

98.8% atau 23,132,540 individu dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Other News

Sebanyak 22,831,577 individu atau 97.5% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow memaklumkan sejumlah 98.8% atau 23,132,540 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 87.1% atau 2,742,885 individu remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,838,825 individu atau 90.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 176,463 dos vaksin telah diberikan yang melibatkan 167,684 dos penggalak dengan 5,275 lengkap dos dan 3,504 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 56,576,586 dengan 5,226,764 daripadanya adalah dos penggalak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles