- Iklan -
Berita

87.1% remaja lengkap divaksinasi

90.2% populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar sekolah divaksinasi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: AP
Pelajar sekolah divaksinasi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: AP

Seramai 2,740,609 individu atau 87.1% daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan melalui  portal CovidNow, seramai 2,837,402 individu atau 90.2% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara seramai 22,827,262 individu atau 97.5% daripada populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin mereka, manakala 23,129,645 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 177,272 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 169,380 dos penggalak, 4,675 dos kedua dan 3,217 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,394,970 dos vaksin dengan 5,055,934 adalah dos penggalak.