Monday, January 24, 2022

37 korban, 10 dilapor hilang akibat banjir setakat ini

Lima kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Other News

Sebanyak 37 kematian dan 10 laporan orang hilang direkodkan di kawasan banjir di seluruh negara sehingga semalam, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu lima kematian dilaporkan dalam masa 24 jam lepas, membabitkan empat dewasa dan satu kanak-kanak, sementara dua mangsa masih hilang.

Katanya seramai 68,341 mangsa banjir daripada 18,080 keluarga berada di 396 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh negeri dengan Pahang paling teruk terjejas pada kali ini, selain Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, menurutnya 137 lokasi jalan masih ditutup akibat banjir setakat ini membabitkan empat negeri iaitu 120 lokasi di Pahang, Selangor (12), Kelantan (tiga) dan Negeri Sembilan (dua).

“Selain itu, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 2.30 pagi tadi sebanyak 23 lokasi sungai diletakkan dalam keadaan bahaya dan amaran.

“Paras bahaya melibatkan 13 lokasi iaitu sembilan sungai di Pahang, satu lokasi masing-masing di Selangor dan Johor, serta dua di Kelantan,” katanya pada sidang media harian Ops Banjir di Taman Sri Muda hari ini.

Menurut Acryl 10 lokasi paras amaran pula ialah masing-masing satu di Selangor dan Johor, serta masing-masing dua di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles