Saturday, January 22, 2022

TDM selamatkan 50 mangsa banjir terperangkap di Negeri Sembilan

Lebih 20 anggota tentera terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa di Kenaboi.

Other News

Seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan susulan banjir yang melanda Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, dua hari lepas diselamatkan Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD).

Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) dua pegawai dan 23 anggota lain-lain pangkat (LLP) 15 RAMD diatur gerak membantu mangsa banjir di lokasi tersebut.

“Terdahulu, beberapa anggota tentera telah menemukan tiga orang awam yang sedang mencari bekalan makanan pada 11.15 pagi. Susulan itu, satu kumpulan tinjau diatur gerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya.

Jelasnya daripada jumlah itu seramai 31 orang bersetuju untuk dibawa keluar dan ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan manakala baki 19 orang yang enggan keluar telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat seperti ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles