- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 lepasi 3,500 jangkitan

Malaysia kini mencatat 2,728,203 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Taman Tasik Kuala Lumpur jadi tumpuan keluarga di hujung minggu selepas kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Taman Tasik Kuala Lumpur jadi tumpuan keluarga di hujung minggu selepas kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,519 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,728,203.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 3,519 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,728,203.

5,118 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,647,587.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 331 kes di mana 263 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 187 kes di mana 122 adalah kes Covid-19.

Dari 3,519 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 65 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,454 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.