Monday, January 24, 2022

Bekas MB Johor meninggal dunia

Osman Sapian yang merupakan Adun Kempas dilantik sebagai menteri besar Johor ke-16 selepas PRU14 pada 2018.

Other News

Bekas menteri besar Johor Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, pada pukul 11.45 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh abangnya, Aziz Sapian malam tadi.

“Saya diberitahu mengenai pemergiannya oleh salah seorang adik saya lebih kurang (pukul) 11 lebih tadi.

“Buat masa ini, ahli keluarga di Kuala Lumpur sedang menguruskan urusan jenazahnya,” kata beliau kepada ketika dihubungi tengah malam tadi.

Pada 13 Oktober, Osman, 69, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Kempas dan ketua Bersatu Ayer Hitam itu dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan dan pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di  Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Osman dilantik sebagai menteri besar Johor ke-16 selepas pilihan raya umum pada 2018.

Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles