- Iklan -
Berita

20 kakitangan, pelajar IPS di Jempol disahkan positif Covid-19

Pusat pengajian tersebut ditutup sehingga 28 Disember depan bagi proses disinfeksi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan mengambil sampel ujian swab untuk saringan Covid-19.
Petugas kesihatan mengambil sampel ujian swab untuk saringan Covid-19.

20 kes positif Covid-19 dikesan di sebuah institusi pengajian swasta (IPS) di Jalan Merpati, Kampung Serting Ulu, Jempol membabitkan 45 pengajar dan pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan  S.Veerapan berkata kluster Jalan Merpati Serting itu dilaporkan bermula pada Isnin apabila seorang staf di pusat pengajian itu didapati positif pada 15 Disember lepas dan bergejala.

“Susulan itu, satu saringan yang melibatkan kesemua pelajar dan guru dibuat pada 18 Dis. Sehingga semalam seramai 45 orang telah disaring mendapati 20 positif, 24 negatif, seorang lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya kesemua kontak rapat telah dikenal pasti dan diberikan arahan kuarantin.

Pusat pengajian tersebut ditutup bermula 18 hingga 28 Disember ini bagi aktiviti disinfeksi oleh Pejabat Kesihatan Jempol.